Permulaan karier Zizi Kirana

Karier nyanyian Zizi bermula setelah beliau menyertai sebuah program relaiti TV terkenal di Malaysia, iaitu Akademi Fantasia Musim 7. Namun perjalanan beliau didalam program tersebut terhenti di konsert minggu keempat apabila beliau tersingkir berikutan undian SMS yang tidak menyebelahi kepada beliau ketika itu. Selepas berakhirnya AF7, di akhir tahun 2009, Zizi bergabung dengan sebuah kumpulan hip hop tempatan ,The Fabulous Cats. Namun jodoh beliau dengan kumpulan terebit tidak panjang apabila kumpulan itu dibubarkan. Kini Zizi memutuskan untuk memulai karier barunya dengan bergabung dengan kumpulan Nukilan sebagai Kirana. Namun sekali lagi jodoh Zizi dengan kumpulan Nukilan tidak kekal lama apabila kumpulan itu turut dibubarkan. Zizi kemudian menyertai sebuah pertandingan realiti TV Indonesia, D'Academy musim kedua. Mama disitulah nama Zizi Kirana mulai meniti di bibir peminat sama ada di Malaysia, mahupun Indonesia. Suara serak basah Zizi Kirana menarik perhatian Qarma Musiq dengan suara yang unik dan fleksible. Setelah bekerja secara teratur dengan produser Malique di demo rekaman, dia keluar, langsung dan sangat berkomitmen untuk pekerjaannya. Sebelum ini, ketika Kirana di berada dalam kumpulan Nukilan, Zizi bernyanyi dan rap dengan begitu baik. Semenjak itu Zizi Kirana Bukan Lagi Fabulous Cat - Penyanyi yang dulu dikenali sebagai Zizi Fabulous Cat kini dikenali sebagai Zizi Kirana karena tidak mau terus dibayangi kumpulan lamanya, Fabulous Cat.